Tuesday 1 November 2011

Tiada masa untuk solat?


Kadangkala, waktu boleh jadi terlalu singkat untuk melakukan ibadah, kerana ingin penuhi keperluan dunia seharian. Namun, jika kita boleh luangkan masa yang lama untuk makan, untuk bersama teman-teman, apakah kita tidak punya masa yang banyak untuk bersama teman yang paling agung, ALLAHU ROBBIY? Solat tidak perlu waktu yang panjang jika kamu mahu, cuma ia perlu dilaksanakan dengan tertib, dan penuh khusyu', agar jiwamu tenang dan beroleh kebaikan untuk dirimu sendiri.

SubhanALLAH. Apapun jawatan yang kamu ada, solatlah dimana jua kamu berada! :)







Firman ALLAH SWT:

"Dan dirikanlah salat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan."

{al-Baqarah:110}
Solat itu tiang agama. Laksanakannya ketika jasad masih bernyawa. Anda tidak ada alasan untuk TIDAK menunaikan solat. Kecuali saat tubuh terbujur kaku dan orang lain akan menunaikan solat untuk anda!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;