Friday 4 November 2011

Benarkah semua E-code mengandungi lemak babi? TIDAK!

Alhamdulillah. Kurang 12 jam daripada entri saya sebelum ini,ada sahabat saya,Cik Lin dengan segera membetulkan fakta tersebut. Harap dapat menjadi rujukan kepada semua umat Islam hendaknya. Terima kasih Cik Lin kerana jasa anda,saya dapat menikmati coklat cadburry dan ais krim walls kegemaran saya tanpa was-was! (kerana sudah ada cop halal daripada JAKIM). Thanks. 
Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu. Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian keatas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu. Kepada sesiapa yang belum pernah membaca email tersebut, korang boleh baca di sini...
Baru-baru ini, cerita mengenai bahan campuran makanan ‘E-Codes‘ ini sekali lagi tersebar dan menjadi salah satu isu dinegara kita. Ini bermakna sudah lebih kurang 3 tahun, kes mengenai kandungan campuran makanan bertanda ‘E -Code‘ masih menjadi tanda tanya kepada kita sebagai seorang pengguna. Malah ada yang menuding jari mempertikaikan tugas JAKIM dan tidak kurang juga yang mempertikaikan status negara kita sebagai Negara Islam. Dibawah ini terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi. 


E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920


Walaubagaimana pun, agak menghairankan juga bila makanan ringan yang banyak terdapat dipasaran dikatakan mempunyai campuran lemak babi gara-gara mempunyai bahan campuran salah satu dari kod diatas. Sedangkan makanan ringan tersebut mempunyai logo ‘Halal JAKIM’. Disebabkan rasa ragu mengenai isu ‘E-Codes‘ ini, saya telah mengambil keputusan untuk membuat ‘research’ mengenai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi ini.Tambahan pula saya telah melihat rakan saya telah membangkitkan isu ini di'facebook' membuatkan saya bertambah teruja untuk mebuat research.Antara yang saya temui adalah salah satu aduan yang dibuat di laman web Portal E-Halal mengenai email Dr. M. Anjad Khan pada tahun 2007 yang lalu.



Menurut pihak JAKIM mengenai kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.
E110: dari sumber chemical
E120: dari summer serangga
E140: dari sumber tumbuhan
E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet
E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.
E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E234: Nisin; dari sumber microbe.
E280: Propionic Acid dari sumber chemical.
Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna E153: carbon black.. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan Emulsifier
E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf bahan-bahan kritikal tersebut akan diperiksa dahulu sebelum disahkan halal. Pihak JAKIM nasihat kepada pengguna islam yang bijak agar memilih makanan yang mendapat pengesahan halal JAKIM atau badan-badan islam yang diikhtiraf.
Manakala dibawah ini pula, adalah jawapan dari pihak UKM mengenai isu ini pada 9 Dec 2009.
Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “diomong-omongkan” dengan perkara sebegini.
Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh musuh-musuh Islam.
Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan. Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).
Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.
Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.
Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard, lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.
Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Benarkan saya menjelasakan sedikit. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.
Munfaat ini TIDAK TERHAD kepada haiwan babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).
Mengikut konsep ISTIHALAH (transformation) yang digunapakai oleh mazhab Maliki dan Hambali, sesuatu bahan baru (produk) itu dianggag suci apabila ciri-cirinya berbeza sama sekali dengan ciri-ciri bahan mula, dengan syarat agen transformasi adalah halal. Dalam hal kolagen dan lemak, agen transformasi adalah asid atau enzim atau kedua-duanya.
Enzim industri pada masa ini dihasilkan daripada mikrob melalui teknik DNA rekombinan (recombinant DNA) dan kejuruteraan genetik (genetic engineering). DiMalaysia , kita adalah penganut mazhab Syafie, dan perkara seumpama ini tak dibenarkan. Sekiranya timbul isu halal/haram sebegini, eloklah kita tanyakan kepada pembekal produk itu sendiri, atau dapatkan pengesahan/kepastian daripada Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM, Serdang. Sekian dimaklumkan.
Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Kami termasuk Muslim brothers daripada India dan US dah cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.
Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Cara lain adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM. Oleh yang demikian, saya tak dapat menjawab soalan saudari dengan tepat, kecualilah kita telah pasti bahawa komponen lipofilik sesuatu pengemulsi itu diperolehi daripada minyak tumbuhan..
School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
mamot@ukm.my
Pihak TV3 juga tidak ketinggalan membuat liputan mengenai isu ‘E-Codes’ ini dalam rancangan ‘360, Episode 49‘ yang telah pun disiarkan.

Selain isu ‘E-Codes‘, 360 juga telah merungkai isu barangan yang diperbuat dari bulu babi, makanan Cina ‘Bahkuteh’ yang mempunyai tanda halal, dan kisah peniaga lori bergerak Indonesia bertudung yang menjual rojak dan air di KL sebenarnya dimiliki oleh bukan Islam. Lantaran terdapatnya ‘Tokong’ dihadapan rumah Si Peniaga.
Baiklah, melihat bukti-bukti diatas, dapatlah saya menarik nafas lega kerana segala yang diberitahu mengenai ‘E-Codes‘ yang mempunyai lemak babi itu ada percanggahannya. Walaubagaimana pun, jika kita di izinkan Allah S.W.T untuk melanjutkan pelajaran atau melancong ke luar negara, perlulah di ingat mengenai ‘E-Codes‘ ini agar kita tidak termakan makanan yang tak sepatutnya kita makan…
Saya juga telah meneliti dan mencari sumber-sumber yang boleh dipercayai iaitu JAKIM samada adakah benar produk tersebut mengandungi unsur-unsur haiwan haram ini.




Dibawah adalah antara produk-produknya:-



Produk diatas dihkuatiri mengandungi Lemak Khinzir.


Hasil FAQ dgn JAKIM :


Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)
  
Aduan :
Saya ada merima e-mel dari seseorang yang dipetik kandungannya spt berikut:
Produk paling laris tetapi tidak halal.
1. Shampoo dan facial DOVE
2. PRINGLES Potato chips
3. Laici dlam tin NARCISSUS
Kesemua produk di atas ada mengandungi lemak babi/khinzir.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

Adakah kenyataan tsb sahih?
Tarikh Aduan :
17/01/2007 - 10:09:58
Jawapan :
Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Untuk makluman, kenyataan tersebut kurang sahih kerana JAKIM memang tidak pernah keluarkan pengesahan halal kepada produk-produk tersebut. Ini kerana produk dove dan laici narcissus adalah produk import yang dikilangkan diluar negara manakala syarikat pringles tidak berminat untuk mendapatkan pengesahan halal. Tidak mendapat pengesahan halal dari JAKIM dan badan islam yang diiktiraf JAKIM tidak bermakna produk itu tidak halal. Namun sebagai pengguna islam, carilah produk yang mendapat pengesahan halal.



Coklat Cadbury yang dikhuatiri mengandungi sumber lemak babi yang dikodkan sebagai E476,E442 :



Hasil FAQ dgn JAKIM :
1)

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)
  
Aduan :
assalammualaikum..sy yatie dari ampang,selangor.saya merupakan penggemar cokelet cadbury,tp sy ade juge terdengar bhwe cokelet cadbury tidak boleh dimakan krn ade bahan terlarang ..contohnyer E476..setahu sy E476 ade kaitan ngan bhn2 terlarang...saye tak pasti sbnarnyer...tapi..bagaimana dengan logo halal yg terdapat di bungkusannyer?....ini membuatkn sy musykil tentg cokelt cadbury samada boleh dimakn atau pun sebaliknya...kmudian sy ingin bertanyakan tentang adakah bahn2 yg bermula dr huruf E....contohnyer E551/E476 ...tak boleh dimakn..??....smoge sy mendapat penjelasan yang lebih lagi dari pihak tuan/puan....sekian terima kasih....
Tarikh Aduan :
18/12/2007 - 13:52:05
Jawapan :
Waalaikum salam.Untuk makluman Cik Yatie,Bahan E476 yang digunakan untuk penghasilan coklat Cadbury adalah halal dan selamat kerana bersumberkan tumbuhan.E476 adalah bahan penstabil (emulsifier) yang bersumberkan dari haiwan dan tumbuhan.Maka memang ada keraguan untuk status halal produk yang mengandungi E476.Sebagai pengguna islam yang bijak perlu pastikan produk yang dimakan telah mendapat pengesahan halal.Tidak semestinya bahan ramuan yang bermula dengan huruf E tidak boleh dimakan kerana bahan tersebut ada yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan.Ianya halal dan selamat. Tetapi bagi bahan ramuan yang dikodkan E bersumberkan haiwan perlu mendapatkan pengesahan halal. Sebarang pertanyaan boleh dihantar kepada JAKIM secara online atau telefon pada nombor 03-83150200. Terima kasih.


2)

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)
  
Aduan :
Saya pernah suatu ketika dulu mendapat maklumat dari JAKIM bahawa makanan yg mengandungi code E471 dan E476 adalah tidak halal. Namun saya dapati banyak coklat keluaran Cadbury yg mempunyai code E476 masih mempunyai logo halal Jakim. E476 yg tertera ditulis sebagai E476 (Lecithin soya). Harap dapat beri penjelasan.

Seperkara lagi ais krim yang sedang popular dipasaran sekarang iaitu Mini Poppers Walls juga mengandungi E471. Saya dapati ianya tiada logo halal Jakim dan keluaran originnya ialah dari negara China. Namun iklan komersialnya di TV dilakonkan oleh orang islam. Ini membuatkan saya keliru dengan status halalnya. Harap pihak JAKIM dpt mengesahkan status halal ais krim tersebut.

Terimakasih.
Tarikh Aduan :
02/09/2007 - 11:21:24
Jawapan :
Salam, Kod E adalah kod yang digunakan bagi bahan tambahan makanan seperti emulsifier, pengental, pengawet, perasa,pewarna dan sebagainya. Sumber bahan ini adalah dari tumbuhan, haiwan dan kimia sintetik. Jika sumber itu adalah dari tumbuhan, maka ia tidak kritikal namun JAKIM masih meneliti cara pemprosesannya sebelum memberi pengesahan halal. Namun jika ia dari sumber haiwan, JAKIM akan memeriksa teliti sumbernya mestilah dari haiwan yang halal dan telah diproses/ disembelih mengikut hukum syara'. Pemeriksaan ini meliputi dari bahan ramuan, cara pemprosesan, cara kendalian, pembungkusan dan premis secara menyeluruh. Oleh itu, diingatkan bahawa sumber kod E tidak semestinya berasal dari sumber yang haram kerana terdapat sumber halal yang lain. Bagi syarikat-syarikat pengeluar produk yang telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM, kami telah memastikan bahawa tiada keraguan terhadap ramuannya dengan pemeriksaan dan pemantauan yang teliti.Pengguna tidak perlu panik terhadap kod E tetapi perlu prihatin terhadap sumbernya dan status halalnya. Coklat Cadbury telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM begitu juga dengan produk aiskrim Walls, produk tersebut telah mendapat pengesahan halal dari Badan Islam lain yang diiktiraf oleh JAKIM. Terima kasih.


Produk dari Walls Ice cream.



Hasil FAQ dgn JAKIM :



Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)
  
Aduan :
Assalamualaikum W.B.T.H

Saya tertarik untuk memberi respon dan membuat aduan tentang halal haram produk berjenama WALL'S (aiskrim). Sebelum ini telah ada aduan yang terlalu banyak tentang ketidakpuasan hati pengguna Islam yang mana aiskrim biskut keluaran WALL'S juga yang tertera dengan jelas LAMBANG SALIB di bahagian atas dan bawah pada permukaan biskut tersebut dan saya melihatnya dengan yakin dan jelas.

Tapi di sini saya ingin mengadu tentang asikrim WALL's MINI MAGNUM dan lain2. Sebelum saya merasa syak dengan aiskrim WALL'S, saya ada terbaca tentang KOD BABI daripada salah satu blog iaitu
"www.isuhangat.blogspot.com" yang mana telah menyebut tentang penggunaan kod2 untuk menggantikan perkataan berasaskan lemak babi. Sebagai contoh digunakan E-CODES, E-INGREDIENTS seperti E471, E472, E473 dan banyak lagi.

Setelah diperhatikan pada pembalut aiskrim (Wall's Mini Magnum) saya mula ragu apabila melihat tanda "HALAL" yang bukan dari JAKIM dan melihat "Origin from CHINA" terus saya perhatikan ingredients.....dan alangkah terkejut apabila tertulis pelbagai E-CODES yang mana satu2nya terkandung dalam aiskrim magnum mini ini terkandung dalam "KOD BABI" yang saya baca dari "www.isuhangat.blogspot.com" iaitu Emulsifier: E471.

Jadi, saya mohon pihak halal haram JAKIM supaya membuat pemeriksaan yang tepat tentang kesahihan halal haram aiskrim WALLS ini sebelum lebih ramai lagi orang2 Islam yang lain termakan BABI! Teramat Jijik dan mengganggu jiwa saya.
Tarikh Aduan :
31/07/2007 - 10:40:18
Jawapan :
Wassalam, Aiskrim berjenama tersebut adalah produk import yang telah mendapat pengesahan halal dari Badan Islam luar negara yang diiktiraf JAKIM. Pihak Walls telah memaklumkan JAKIM bahawa produk Walls untuk pasaran Malaysia adalah halal dan selamat untuk dimakan berdasarkan pengesahan halal Badan Islam Luar Negara tersebut.Untuk pengetahuan Puan, kod-kod E yang dinyatakan merupakan bahan tambah makanan yang dihasilkan dari sumber haiwan, tumbuhan atau kimia sintetik. Bagi sumber haiwan, sumbernya akan dipastikan dari haiwan yang halal sahaja dan disembelih/diproses mengikut hukum syara'. Terdapat banyak bahan kimia yang juga dihasilkan dari asid lemak tumbuhan dan nyata halal. Terima kasih.


Makanan ringan (keropok)



Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)
  
Aduan :
Saya mendapat email yang menyatakan bahawa banyak makanan ringan (keropok) yang menggunakan perasa keju (cheese) menggunakan lemak babi. Kandungan makanan pula menggunakan kod-kod tertentu. contoh kod lemak babi dalam makanan. E100,E110,E120,E140,E141,E153,E210,E213,E214,E216,E234,E252,E270,E280,E325,E326,E327,E334,E335-E337,E422,E430-E436,E440,E470-E478,E481-E483,E491,E495,E542,E570,E572,E631,E635 DAN E904. Saya berharap pihak tuan dapat mengesahkan pekara ini. Terima kasih.
Tarikh Aduan :
13/11/2007 - 10:04:40
Jawapan :
Assalamualaikum, Terima kasih untuk soalan-soalan tersebut.Kod-kod E yang dinyatakan puan adalah terdiri dari bahan kimia makanan seperti pewarna, pengawet, perisa dan sebagainya. Bahan-bahan ini diperbuat daripada samada hasilan tumbuhan atau pun haiwan. Setiap barangan yang disahkan halal oleh JAKIM telah diperiksa kandungan dan dari mana hasilannya. JAKIM memastikan setiap kandungan dinyatakan dengan jelas status halalnya dengan meminta syarikat mengemukakan sijil halal dari JAKIM atau badan Islam yang diiktiraf JAKIM.Bagi produk yang disahkan halal oleh JAKIM, kami sudah memastikan ianya adalah halal dari prosesnya dan bahan ramuannya. Harap maklum



Inilah hasil penelitian saya bersumberkan sumber utama iaitu Jakim dan lain-lain lagi.Diharap dengan penelitian ini dapatlah merungkai segala keraguan mengenai isu ini.Akhir kata dari saya,Salam Aidiladha buat semua rakan-rakan yang sudi membaca blog saya ini.Diharap kita sama-sama dapat memperbaiki diri kita dari masa ke semasa.Terima kasih... ^ __^ ..

Reference :
http://www.halaljakim.gov.my/
Jawapan UKM: Berita Harian Online
FOOD INGREDIENT NUMBERS
http://eastrans.blogspot.com/2011/11/produk-yang-dikhuatiri-punyai-lemak.html?spref=fb

3 comments:

adzhayer said...

Assalamualaikum , saya ingin bertanya , susu soya jagung dari DRINHO yg dikatakan tidak halal... Saya ragu-ragu kerana kod yg mengandungi unsur haiwan/ babi mesti mempunyai E dihadapan seperti ( E471 ), Tetapi susu soya yg saya beli mengandungi seperti :

Estrak kacang soya , air , gula tebu ,maltodekstrin , kalsium , minyak jagung , garam dan vitamin-vitamin (B2,B1,A,D,B12) mengadungj bahan perisa , kondisioner makanan , ( pengemulsi 471, penstabil 407, 401,412, pengawal asid 340 ). Dan bahan pewarna (102) yg dibernarkan.

Adakah itu selamat diminum atau tidak?

testing said...

Assalamualaikum... mohon jelas kan berkenaan produk cornbeef yg dikatakan x halal..

Unknown said...

Produk santan kotak ada lemak babi tak?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;