Friday 16 December 2011 0 comments

Awas Remaja! Jangan Terlalu Taksub Dengan HAK KEBEBASAN dan HAK ASASI MANUSIA!


Sekumpulan remaja Indonesia melarikan diri dan menjadi pelarian di Malaysia kerana memperjuangkan gaya dan cara hidup punk! Mereka marah dan kecewa kerana mengikut kata mereka, kerajaan Indonesia menafikan hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Johor Bahru - Jumaat - Pihak Polis Marin Johor semalam berjaya memintas 10 buat bot dan menahan kesemua anak kapal yang terdiri dari penggiat musik punk yang melarikan diri dari provinsi Acheh. Dalam kejadian dua pagi tadi, seramai 300 orang pelarian muzik ini ditahan lebih kurang 30 batu nautika dari pesisiran pantai Batu Pahat. Selepas ditahan kesemua pendatang tanpa izin ini mengaku berlayar ke Malaysia untuk mendapatkan suaka politik. Mereka mendakwa terpaksa menjadi pelarian kerana tidak mahu ditahan hanya kerana mengamalkan cara hidup punk. Baru-baru ini pihak berkuasa Acheh menahan 60 orang penggiat seni Punk di Acheh kerana merasakan cara hidup mereka tidak sesuai dengan cara hidup Islam. Kesemua yang ditahan dibotakkan kepala mereka dan ditahan selama 10 hari bagi menjalani sesi pengisian rohani.



Inilah yang bahana yang akan berlaku kepada semua manusia khususnya remaja jika terlalu taksub dengan budaya dan cara hidup barat. Mungkin ada yang akan mengatakan tidak ada salahnya meminati muzik punk namun apabila cara hidup punk juga dipuja dan diiukuti secara membuta tuli, ia adalah satu kesalahan yang serius.

Yang  lebih merisaukan adalah ramai orang yang mula salah faham dengan perkataan HAK ASASI MANUSIA atau HAK KEBEBASAN ini. Perlu kita fahami bahawa HAK ASASI MANUSIA ini hanya boleh digunapakai jika ia tidak menyalahi hukum dan aqidah agama Islam; juga undang2 negara (hanya jika undang2 negara patuh kepada undang2 dan aqidah Islam).

Janganlah kita terlalu taksub dengan aliran pemikiran HAK ASASI MANUSIA dan HAK KEBEBASAN yang diperjuangkan dan dipesongkan oleh musuh2 Islam supaya umat Islam terpesong aqidahnya.

"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku" hadis riwat Imam Malik.

Wallahualam.

Wednesday 23 November 2011 1 comments

Pengakuan Rakyat Indonesia: Dendam Dan Kebencian Kepada Malaysia Menjadi Punca Kekalahan Indonesia


Isu kemenangan Malaysia di Sukan Sea baru-baru ini masih panas diperkatakan. Namun,apa yang lebih panas adalah kutukan dan makian kedua-dua buah negara yang saling bersahutan. Indonesia maki hamun Malaysia. Malaysia maki hamun Indonesia. Kita sama sahaja. Memang benar kebanyakan rakyat Malaysia kita tidak terlibat dengan pergaduhan di media ini, namun sama juga hakikatnya dengan indonesia. Tidak semua rakyat Indonesia melakukan perbuatan tersebut.

Jadi, mari kita sama-sama muhasabah diri. Tidak sepatutnya kita menambahkan api kemarahan yang sedang membara. Mari kita sama-sama menbaca pengakuan ikhlas seorang blogger Indonesia, yang sudah menerima hakikat, dan mengulas kekalahannya dari kaca mata seorang pemerhati dari negara sendiri:


Sepulang dari kantor kemarin, saya menyaksikan suatu fenomena yang luar biasa, trotoar-trotoar jalan penuh oleh kendaraan bermotor yang diparkir. Si empunya motor asyik nglesot di lesehan pinggir jalan yang dipasang layar tancap. Cafe-cafe penuh dan jalanan lenggang, Garuda muda akan melawan Harimau Malaya. Pertandingan sarat emosi, dendam kesumat dan kebencian. 

Teriakan-teriakan Malingsia dan Ganyang Malaysia bergema. Warna merah mendominasi pandangan mata, di udara sangat terasa hawa keoptimisan bercampur kebencian pada negeri Jiran. Inilah final impian dimana mayoritas masyarakat Indonesia sangat ingin melihat pasukan Garuda Muda menjungkalkan Harimau Malaya.

Pertandingan pun berlangsung, decak kagum bergumam melihat kecepatan para pemain garuda muda khususnya para pemain-pemain dari pulau Papua. Dan gol cepat pun terjadi, suasana menjadi riuh rendah, teriakan gol bergaung, rasa puas merasuk ke jiwa penonton. Lalu penantian gol kedua pun bergelora, detik demi detik, menit demi menit tapi gol kedua yang ditunggu tak kunjung datang, malah pasukan Harimau Malaysia mampu menyamakan kedudukan.

Serangan dari tuan rumah tak berhenti, umpatan dan cacian silih berganti menemani pertandingan. Wasit, hakim garis, pemain, pelatih lawan tak lepas dari hinaan dan umpatan. Hingga beberapa gol yang diciptakan tak mendapat pengesahan makin tinggi tensi permainan makin gemes penonton. 

Pertandingan normal berakhir, perpanjangan waktu, dan akhirnya adu Tos-tos an dilakukan. Disinilah mental diuji dan Garuda Muda terbukti belum mampu menunjukkan mental juara. Malaysia pulang ke kandang mereka dengan kepala tegak, kalungan medali Sea Games yang dirindukan oleh warga Indonesia selama 20 tahun dibawa ke Kuala Lumpur.

Ada apa sebenarnya? Kenapa Indonesia selalu kalah dengan Malaysia di partai puncak? Banyak yang beranalisis tentang masalah teknis seperti teknik, team work, mental dan lain-lain. Tapi saya mencoba menganalisis dengan cara lain. Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? 

Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF. Maka begitu berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah i negara lawan. 

Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul.

Oleh karena itu marilah kita luruskan niat, saat pertandingan olahraga tidak perlu membawa kepentingan politik dan membawa kebencian di lapangan. Bertandinglah untuk menghibur, untuk mencapai prestasi karena ingin mengharumkan nama bangsa tanpa menginjak martabat bangsa lain. Bukankah seorang pemenang sejati itu adalah mereka yang “Menang tanpa kesombongan dan kalah tanpa banyak alasan”. (22/11/11)

Sumber: Arif Bawono Surya-http://olahraga.kompasiana.com/bola/2011/11/22/timnas-tolong-hilangkan-kebencian-dan-dendam/



Itulah pengakuan ikhlas seorang rakyat Indonesia. Sebagai seorang rakyat Malaysia, sebaiknya pengakuan ini dijadikan pengajaran untuk kita. Supaya kita juga tidak melakukan perkara yang sama. Masih ingatkah anda kekalahan negara tercinta kita Malaysia pada perlawanan kelayakan piala dunia menentang Singapore di stadium bukit jalil? Adakah kemarahan dan kebencian sesetengah rakyat Malaysia menjadi punca kepada kekalahan kita? Mungkin YA. Mungkin TIDAK. Tepuk dada,tanya diri sendiri.

Wallahualam.

Tuesday 22 November 2011 0 comments

Ucapan Yang Mempengaruhi Sejarah Dunia!


Berhati-hatilah dengan ucapan kerana mungkin dapat mempengaruhi sejarah!

Pada 20 Julai 1969, Komandan Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong terkenal sebagai manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki adalah; "That's one small step for man, one giant leap for mankind"

Kata-kata tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri; "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada saat itu orang-orang di NASA berpendapat ia hanya semacam sindiran halus kepada pesaing mereka iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat tidak ada nama Gorsky pada angkasawan Amerika mahu pun Soviet. Bertahun-tahun setelah itu ternyata masih ramai masyarakat yang penasaran dan mempersoalkan erti kata Armstrong "Good luck Mr. Gorsky".

Setiap kali ditanyakan, Armstrong hanya tersenyum penuh makna.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, pada wawancara seumpama pidato, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Saat itulah, pada akhirnya Armstrong menjawab pertanyaan itu. Disebabkan Mr. Gorsky telah meningal dunia sehingga Armstrong merasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.


Cerita bermula di tahun 1938 ketika Armstrong masih kanak-kanak, ia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman belakang rumah. Suatu ketika, temannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat dihalaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah jendela bilik tidur. Sang empunya rumah adalah Mr dan Mrs Gorsky.

Ketika Armstrong kecil sedang merangkak mengambil bola tersebut. Dia mendengar jeritan Mrs. Gorsky sedang marah ke Mr. Gorsky. Dan jeritan itu yang membuat Armstrong yang masih kecil tidak boleh melupakannya seumur hidup.

"Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!"
Sunday 20 November 2011 0 comments

Pencuri yang Bisu


Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya,
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."
Thursday 17 November 2011 0 comments

"Berdakwah? Saya bukan lahir dalam keluarga alim ulama'..."


Kita bukan lahir dalam keluarga alim ulama'. Bukan dari keluarga wali-wali Allah dan bukan pula dari kalangan mufti-mufti yang benar. Kebanyakan kita adalah orang awam dan biasa. Pun begitu, tidak mustahil bagi kita mewujudkan keluarga yang mencontohi para alim ulama' dan orang-orang yang dekat denganNya. Setidak-tidaknya kita mencuba, dan sekurang-kurangnya kita menjalankan tanggungjawab dalam berkeluarga.

"Anak yang ramai bukan semuanya jadi orang alim pun". Ini antara nada sinis berbaur negatif yang selalu menjadi "mind set" kebanyakan daripada kita. Kenapa tidak anak-anak menjadi soleh dan solehah?. Anak-anak yang soleh solehah inilah yang akan mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya di alam kubur kelak. Doa mereka akan sentiasa mengiringi orang tuanya meskipun mereka telah meninggal dunia. Bukankah anak soleh dan solehah itu suatu kelebihan dan anugerah buat para ibu dan bapa?. Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya." (riwayat Muslim)

Menghidupkan suasana Islam dalam keluarga atau biah solehah adalah seruan yang dituntut buat kita semua para suami, isteri, dan sesiapa yang bakal berada di alam rumah tangga ini. Jika sejak dari mula perkahwinan "mode Islam" itu diaktifkan, keluarga akan lebih cenderung dan akrab dengan Islam. Adalah wajib untuk mengajar anak-anak ilmu fardhu ain seperti akidah, ibadah, akhlak, serta syariat-syariat Islam yang lainnya.


Jangan bimbang andai tiada harta dunia tetapi bimbanglah andai tiada roh agama dalam keluarga. Taburkan kasih, dan cinta kita kepada pasangan hidup serta anak-anak dengan mencurahkan syariat agama Islam, bukan disuap dengan harta, kebebasan dan keseronokan yang fana. Rasulullah S.A.W bersabda :

"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi" (riwayat Bukhari dan Muslim).

Ayuh, bina syurga dunia dengan Islam. Le'ts turn on Islamic mode in our family!

Wednesday 16 November 2011 0 comments

Wow! Janda 18 Tahun!


Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!"
1 comments

Cinta Suci Sang Suami Kepada Si Isteri


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "
Tuesday 15 November 2011 0 comments

Kisah Cinta Terbaik Sepanjang Zaman: Kisah Cinta Suci


"Abang Ni, Pakai Tu Elok-Elok La Sikit," Kata Liza Lembut Sambil Membetulkan Pakaian Usin. Usin Tersenyum Memandang Isterinya.

"Cantik Isteri Abang Hari Ni," Usin Mencubit Pipi Liza Lembut.

"Ayah, Ayah, Cepat La Yah," Farah Dan Adi Meluru Masuk Ke Bilik Kerana Dah Tak Sabar-Sabar Nak Bertolak Pulang Ke Kampung.

"Yelah, Yelah, Ayah Dah Siap Ni."

Liza Hanya Tersenyum Melihat Suaminya Itu Melayan Karenah Anak-Anak Mereka Yang Comel Dan Manja.

"Abang, Dah Lama Kita Tak Balik Kampung Macam Ni, Ye ?"

"Iyelah, Maklumlah Abang Ni Sibuk Dengan Urusan Perniagaan. Baru Kali Ni Abang Ada Peluang Untuk Cuti Panjang." Usin Berkata Kepada Isterinya Tercinta.

Perjalanan Daripada KL Ke Tangkak Mengambil Masa Lebih Kurang Empat Jam. Farah Dan Adi Dah Pun Terlelap Kat Kerusi Belakang. Begitu Juga Dengan Isterinya, Liza.

"Tak Sabar Rasanya Nak Tiba Kat Kampung," Usin Berkata Dalam Hati.

Sedikit Demi Sedikit Usin Menekan Minyak Keretanya. Semakin Lama Keretanya Semakin Laju Dan Usin Semakin Seronok. Usin Dah Tak Sabar Untuk Segera Sampai Ke Kampungnya. Pedal Minyak Ditekannya Lagi Dan Honda Civicnya Mula Memecut.

Usin Cilok Kiri, Cilok Kanan. Habis Semua Kenderaan Dipotongnya. Bangga Betul Usin Masa Tu. Terlupa Dia Sekejap Pada Anak Dan Isterinya Yang Sedang Tidur.

"Eh Abang, Kenapa Bawa Laju Sangat Ni?" Tiba-Tiba Liza Terjaga Dari Tidurnya.

"Tak Ada-Apa La Sayang, Rileks... Cepat Sikit Kita Sampai Kampung Nanti."

"Sabar Bang, Sabar. Biar Lambat Tak Apa... Jangan Laju Sangat Bang, Liza Takut." Liza Cuba Memujuk Usin Supaya Memperlahankan Kenderaannya.

"Rileks Liza...Tak Ada Apa-Apa," Usin Terus Memotong Bas Skspres Di Depannya Tanpa Was-Was.

"Haaa... Kan, Tengok. Tak Ada Apa-Apa Kan?" Kata Usin Setelah Berjaya Memotong Bas Ekspres Tadi.

"Sudah La Tu Bang."

"Ha... Tu Ada Satu Lagi Bas Ekspres. Liza Tengok Abang Potong Dia Aaa....". Usin Terus Masuk Gear 3, Pedal Minyak Ditekannya Hingga Jejak Ke Lantai. Usin Terus Membelok Ke Kanan Untuk Memotong Dan.... Di Depannya Tersergam Sebuah Lori Balak Yang Besar Dan Gagah Dan..... BANG!!

"Usin.... Bangun Sin," Sayup-Sayup Terdengar Suara Emaknya. Usin Membuka Matanya. Dia Terlihat Emaknya Di Situ.

"Mana Liza Mak ? Macammana Dengan Liza Mak ? Farah, Adi.... Mana Anak-Anak Saya Mak ?" Bertubi-Tubi Usin Menyoal Emaknya. Usin Tak Dapat Menahan Kesedihannya Lagi. Usin Menangis Semahu-Mahunya Di Depan Emaknya.

Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat.

"Macamana Dengan Isteri Usin Mak, Liza?" Usin Masih Terus Menangis.

PAANNNGGG!! 


Kepala Usin Yang Botak Itu Ditampar Oleh Emaknya Dengan Tiba-Tiba. Usin Terdiam. Kenapa Emaknya Buat Dia Macam Tu?

"Banyak La Engkau Punya Isteri ! Keja Pun Pemalas Ada Hati Nak Berbini. Tu La, Tidur Lagi Senja-Senja Macam Ni ! Dah ! Bangun Pegi Sembahyang !" Emaknya Terus Merungut Sambil Berlalu Keluar....

...Dan Usin Tersengih Keseorangan. Rasa Macam Nak Masuk Dalam Tin Biskut ! Malu Beb !!

Sekian.

Moral : Pandulah Dengan Berhati-Hati Walaupun Di Dalam Mimpi
Monday 14 November 2011 0 comments

Kenapa Ko Jilat Bontot Itu?????


Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.. 

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." 

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan
engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau." 

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan 
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut...
0 comments

Kejutkan anak aku kalau sudah sampai Ipoh...hahaha


Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." 

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" 

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... 



Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. 

Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"
Friday 11 November 2011 0 comments

Which one is more important to you? Work or Family or Health or Friends or Spirit?



Which one of these are more important? Work? Family? Health? Friends? Spirit?

Imagine life as a game in which you are juggling some 5 balls in the air. They are Work, Family, Health, Friends, and Spirit and you’re keeping all of these in the air.

You will soon understand that Work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back. But the other 4 balls –Family, Health, Friends and Spirit- are made of glass. If you drop one of these; they will irrevocably scuffed, marked, nicked, damages or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it.

Work efficiently during office hours and leave on time. Give the required time to your family, friends and have proper rest.

Value has a value only if its value is valued.

-Bryan Dyson
Thursday 10 November 2011 0 comments

Kenapa Lelaki Perlu Kahwin Dengan Perempuan Yang Ada Dara?


Seorang sahabat yang anti dengan perkahwinan telah nekad mengambil keputusan bernikah setelah didatangi mimpi, didalam mimpinya melihat anak-anak kecil sedang sibuk memberi minuman kepada orang ramai yang kehausan di sebuah taman syurga. Bila sampai gilirannya, dia tidak diberi minum, sahabat tadi diberitahu tidak tersenarai antara penerima minuman kerana tidak seorang pun dari kalangan anak kecil itu adalah anaknya.

"Sesiapa yang berkahwin, sesungguhnya dia telah melengkapkan separuh imannya maka bertakwalah kepada Allah (bagi melengkapkan separuh bakinya)" mafhum hadith sahih. Kata Iman al Ghazali : Yang dimaksudkan dengan baki lima puluh peratus itu ialah jihad. Berkahwin itu ialah jihad, dan latihan jihad itu ilah menunaikan hak-hak keluarga, mentadbir, bersabar dengan telatah dan budi pekerti perempuan, memimpin ke jalan yang baik, berjuang mencari rezeki yang halal dan mendidik anak-anak. 

Sirah Rasul pernah merakamkan pada suatu ketika nabi s.a.w pernah bertanya kepada Abdullah bin Jabir yang kelihatan terlalu gembira. Ujar Jabir "Saya dah berkahwin ya Rasullullah dan perkahwinan ini mengubat kesunyian dihati saya," "Dengan siapa kamu berkahwin dengan anak adara atau janda?" Tanya nabi lagi. Jelas Jabir "Dengan Janda". Rasullullah bertanya "Kenapa kamu tidak berkahwin dengan anak dara? Kerana berkahwin dengan anak dara akan memudahkan kamu bergurau senda". Disini Rasullullah s.a.w memberi priority kepada anak dara untuk dipilih sebagai pasangan hidup.



Pengajaran dari sebuah hadith: Seandainya di dalam sebuah rumahtangga itu, suami bangun tengah malam menunaikan solat tahajjud dan mengejutkan isterinya, kalau isterinya tidak terjaga, dia kemudiannya merenjiskan air ke muka isterinya. Ini adalah pasangan yang dirahmati oleh Allah s.w.t, dan kalau isteri pula yang bangun tengah malam, dan ingin solat tahajjud, dia kejut suaminya dengan merenjiskan air ke muka suaminya, suami isteri ini adalah pasangan yang dirahmati oleh Allah. 

Seorang isteri yang menyediakan segelas air untuk suaminya akan mendapat pahala berpuasa sunat setahun. Kalau dia mengurut badan suami tanpa disuruh, isteri itu mendapat pahala tujuh ketul emas, dan kalau isteri itu mengurut dengan permintaan suaminya, isteri itu mendapat pahala tujuh ketul perak.
Wednesday 9 November 2011 0 comments

Kaum Nabi Lut Muncul Kembali | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kaum Nabi Lut Muncul Kembali | iluvislam.com + discover the beauty of islam
0 comments

Very Heart Touching ♥ ♥


-When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I Love U...
*U Asked Me: "What Is It?"

-When U Were 15 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Blushed.. U Look Down And Smile..

-When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand.. Afraid That I Might Disappear..

-When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forehead N Said : "U Better Be Quick, It’s Gonna Be Late.."


-When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.."

-When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Were Cleaning The Dining Table And Said: "Ok Dear, But It’s Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.."

-When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Were Knitting And U Laugh At Me..

-When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Smile At Me..

-When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U....
*We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I’m Reading Your Love Letter That U Sent To Me 50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together..


-When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me!
*I Didn’t Say Anything But Cried.

We may not express it but when we say "I Love You" we want our partner also to say the same... there are many ways of expressing love but nothing can play the same magic that these 3 words can play when said in return ♥ ♥
0 comments

Kesilapan Terbesar Ibu Bapa



Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak.


Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak.


Agama membawa kepada keseimbangan antara fizikal dan spiritual. Antara pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Antara dunia dan akhirat.


Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.


Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba apabila mengetahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja.


Tak kurang juga ibu bapa yang sangat mengambil berat soal makan-minum anak-anak tetapi, mengabaikan terus 'makanan' rohani anak-anak yang sentiasa 'lapar' dan 'dahagakan' petunjuk agama.


Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah 'kebiasaan budak-budak zaman sekarang', tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza.


Ringkasnya, pengabaian agama merupakan kesilapan terbesar dalam pendidikan anak-anak.




Terlalu Memanjakan Anak-Anak


Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak.


Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk.


Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.


Tidak salah untuk memanjakan mereka. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang.


Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak.


Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal dididik dangan teratur dan berprinsip.




Kesimpulan


Ringkasnya, antara faktor yang merosakkan pendidikan anak ialah berpunca dari ibu bapa sendiri yang gagal mendidik dengan cara yang betul.


Realiti hidup masa kini yang semakin kompleks dan mencabar menuntut ibu bapa agar lebih tekun mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan dan mengadaptasinya dalam kehidupan berkeluarga.


Landasan agama merupakan asas yang paling baik untuk menjadi bekalan dan rujukan dalam mendidik anak-anak menuju ketinggian sahsiah.


Sumber
Tuesday 8 November 2011 0 comments

Bapak aku selalu buat

Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya...
setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah.
Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi.
Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!"
Mamat menjawab "Jangan takut bapak aku selalu buat". 



Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah.
Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas
gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak
turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut bapak aku selalu buat"
selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut
mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......".
Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau"
nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut bapak aku akan lalu jalan yang satu lagi..."
Monday 7 November 2011 0 comments

11/11/11 Tarikh Keramat untuk lahirkan anak?

3 hari lagi akan tiba tarikh 11/11/11. Benarkah ini adalah tarikh keramat? Ramai yg check in hospital untuk lahirkan anak pada tarikh 11.11.11, dimana sebahagian akan jalani pembedahan. Mungkin ada diantara mereka yang berpendapat ini adalah tarikh yang istemewa yang sukar dilepaskan kerana sukar untuk mendapat tarikh yang 'cantik' sebegini. Namun, apabila ada diantara mereka yang sanggup menjalani proses pembedahan (ceaser) secara sengaja, ia agak pelik pada pandangan saya kerana melahirkan anak secara pembedahan mempunyai risiko-risiko yang agak besar.




1. Bersalin secara pembedahan mungkin membabitkan lebih pendarahan berbanding bersalin biasa.

Kadangkala ia boleh menyebabkan rahim terpaksa dibuang untuk menghentikan pendarahan. Isteri anda mungkin mengalami lemah badan atau kelesuan selepas bersalin. Keadaan itu lebih ketara berbanding jika dia bersalin biasa.

Lazimnya, doktor akan mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan pendarahan berlebihan sewaktu dan selepas bayi dilahirkan.

Pada hari kedua selepas pembedahan, sedikit sampel darah isteri anda mungkin diambil untuk mengetahui paras hemoglobin darahnya.

Isteri anda juga mungkin sudah dibekalkan ubat pil zat besi untuk memulihkan paras hemoglobinnya.


2. Jangkitan kuman boleh berlaku sama ada di dalam rahim (dinamakan endometritis) atau pada bahagian kulit (lebih kerap disebut wound breakdown) atau ke dalam aliran darah (septisemia).

Lazimnya, doktor memberikan antibiotik terus ke dalam aliran darah (intravena) sejurus sebelum pembedahan bermula dan diteruskan beberapa dos kemudian untuk mengelakkan risiko ini.


3. Penyebab isteri terpaksa menjalani pembedahan.

Kebanyakan penyebab (contohnya bayi lemas) tidak berkait dengan risiko untuk berulang pada kehamilan akan datang.

Penyebab seperti uri di bawah, rahim berkembar (bikornuat), tulang pelvis atau punggung sempit pula mungkin lebih berisiko untuk bersalin secara pembedahan pada kehamilan akan datang.

Secara prinsipnya, setiap pasangan berhak membuat keputusan mengenai bilangan anak yang diingini, namun biarlah setelah mendapat penerangan doktor mengenai risiko meneruskan bilangan kehamilan itu.


4. Berulang kali menjalani pembedahan Caesarean meningkatkan risiko rahim koyak atau lebih dikenali sebagai uterine rupture.

Ia bukan saja berlaku pada hari sakit bersalin tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa terutama setelah kandungan mencapai tujuh bulan.

Walaupun risiko ini bukanlah 100 peratus (risikonya dilaporkan antara satu hingga dua peratus), namun jika dibandingkan dengan wanita yang baru sekali saja menjalani pembedahan Caesarean, risikonya meningkat sebanyak sehingga empat kali ganda. Apabila ia berlaku, keadaannya sangat mencemaskan dan membahayakan nyawa wanita, apatah lagi bayi dikandungnya.
Friday 4 November 2011 3 comments

Benarkah semua E-code mengandungi lemak babi? TIDAK!

Alhamdulillah. Kurang 12 jam daripada entri saya sebelum ini,ada sahabat saya,Cik Lin dengan segera membetulkan fakta tersebut. Harap dapat menjadi rujukan kepada semua umat Islam hendaknya. Terima kasih Cik Lin kerana jasa anda,saya dapat menikmati coklat cadburry dan ais krim walls kegemaran saya tanpa was-was! (kerana sudah ada cop halal daripada JAKIM). Thanks. 
Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu. Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian keatas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu. Kepada sesiapa yang belum pernah membaca email tersebut, korang boleh baca di sini...
Baru-baru ini, cerita mengenai bahan campuran makanan ‘E-Codes‘ ini sekali lagi tersebar dan menjadi salah satu isu dinegara kita. Ini bermakna sudah lebih kurang 3 tahun, kes mengenai kandungan campuran makanan bertanda ‘E -Code‘ masih menjadi tanda tanya kepada kita sebagai seorang pengguna. Malah ada yang menuding jari mempertikaikan tugas JAKIM dan tidak kurang juga yang mempertikaikan status negara kita sebagai Negara Islam. Dibawah ini terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi. 


E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920


Walaubagaimana pun, agak menghairankan juga bila makanan ringan yang banyak terdapat dipasaran dikatakan mempunyai campuran lemak babi gara-gara mempunyai bahan campuran salah satu dari kod diatas. Sedangkan makanan ringan tersebut mempunyai logo ‘Halal JAKIM’. Disebabkan rasa ragu mengenai isu ‘E-Codes‘ ini, saya telah mengambil keputusan untuk membuat ‘research’ mengenai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi ini.Tambahan pula saya telah melihat rakan saya telah membangkitkan isu ini di'facebook' membuatkan saya bertambah teruja untuk mebuat research.Antara yang saya temui adalah salah satu aduan yang dibuat di laman web Portal E-Halal mengenai email Dr. M. Anjad Khan pada tahun 2007 yang lalu.



Menurut pihak JAKIM mengenai kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.
E110: dari sumber chemical
E120: dari summer serangga
E140: dari sumber tumbuhan
E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet
E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.
E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E234: Nisin; dari sumber microbe.
E280: Propionic Acid dari sumber chemical.
Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna E153: carbon black.. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan Emulsifier
E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf bahan-bahan kritikal tersebut akan diperiksa dahulu sebelum disahkan halal. Pihak JAKIM nasihat kepada pengguna islam yang bijak agar memilih makanan yang mendapat pengesahan halal JAKIM atau badan-badan islam yang diikhtiraf.
Manakala dibawah ini pula, adalah jawapan dari pihak UKM mengenai isu ini pada 9 Dec 2009.
Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “diomong-omongkan” dengan perkara sebegini.
Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh musuh-musuh Islam.
Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan. Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).
Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.
Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.
Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard, lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.
Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Benarkan saya menjelasakan sedikit. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.
Munfaat ini TIDAK TERHAD kepada haiwan babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).
Mengikut konsep ISTIHALAH (transformation) yang digunapakai oleh mazhab Maliki dan Hambali, sesuatu bahan baru (produk) itu dianggag suci apabila ciri-cirinya berbeza sama sekali dengan ciri-ciri bahan mula, dengan syarat agen transformasi adalah halal. Dalam hal kolagen dan lemak, agen transformasi adalah asid atau enzim atau kedua-duanya.
Enzim industri pada masa ini dihasilkan daripada mikrob melalui teknik DNA rekombinan (recombinant DNA) dan kejuruteraan genetik (genetic engineering). DiMalaysia , kita adalah penganut mazhab Syafie, dan perkara seumpama ini tak dibenarkan. Sekiranya timbul isu halal/haram sebegini, eloklah kita tanyakan kepada pembekal produk itu sendiri, atau dapatkan pengesahan/kepastian daripada Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM, Serdang. Sekian dimaklumkan.
Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Kami termasuk Muslim brothers daripada India dan US dah cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.
Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Cara lain adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM. Oleh yang demikian, saya tak dapat menjawab soalan saudari dengan tepat, kecualilah kita telah pasti bahawa komponen lipofilik sesuatu pengemulsi itu diperolehi daripada minyak tumbuhan..
School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
mamot@ukm.my
Pihak TV3 juga tidak ketinggalan membuat liputan mengenai isu ‘E-Codes’ ini dalam rancangan ‘360, Episode 49‘ yang telah pun disiarkan.

Selain isu ‘E-Codes‘, 360 juga telah merungkai isu barangan yang diperbuat dari bulu babi, makanan Cina ‘Bahkuteh’ yang mempunyai tanda halal, dan kisah peniaga lori bergerak Indonesia bertudung yang menjual rojak dan air di KL sebenarnya dimiliki oleh bukan Islam. Lantaran terdapatnya ‘Tokong’ dihadapan rumah Si Peniaga.
Baiklah, melihat bukti-bukti diatas, dapatlah saya menarik nafas lega kerana segala yang diberitahu mengenai ‘E-Codes‘ yang mempunyai lemak babi itu ada percanggahannya. Walaubagaimana pun, jika kita di izinkan Allah S.W.T untuk melanjutkan pelajaran atau melancong ke luar negara, perlulah di ingat mengenai ‘E-Codes‘ ini agar kita tidak termakan makanan yang tak sepatutnya kita makan…
Saya juga telah meneliti dan mencari sumber-sumber yang boleh dipercayai iaitu JAKIM samada adakah benar produk tersebut mengandungi unsur-unsur haiwan haram ini.




Dibawah adalah antara produk-produknya:-



Produk diatas dihkuatiri mengandungi Lemak Khinzir.


Hasil FAQ dgn JAKIM :


Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)
  
Aduan :
Saya ada merima e-mel dari seseorang yang dipetik kandungannya spt berikut:
Produk paling laris tetapi tidak halal.
1. Shampoo dan facial DOVE
2. PRINGLES Potato chips
3. Laici dlam tin NARCISSUS
Kesemua produk di atas ada mengandungi lemak babi/khinzir.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

Adakah kenyataan tsb sahih?
Tarikh Aduan :
17/01/2007 - 10:09:58
Jawapan :
Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Untuk makluman, kenyataan tersebut kurang sahih kerana JAKIM memang tidak pernah keluarkan pengesahan halal kepada produk-produk tersebut. Ini kerana produk dove dan laici narcissus adalah produk import yang dikilangkan diluar negara manakala syarikat pringles tidak berminat untuk mendapatkan pengesahan halal. Tidak mendapat pengesahan halal dari JAKIM dan badan islam yang diiktiraf JAKIM tidak bermakna produk itu tidak halal. Namun sebagai pengguna islam, carilah produk yang mendapat pengesahan halal.



Coklat Cadbury yang dikhuatiri mengandungi sumber lemak babi yang dikodkan sebagai E476,E442 :



Hasil FAQ dgn JAKIM :
1)

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)
  
Aduan :
assalammualaikum..sy yatie dari ampang,selangor.saya merupakan penggemar cokelet cadbury,tp sy ade juge terdengar bhwe cokelet cadbury tidak boleh dimakan krn ade bahan terlarang ..contohnyer E476..setahu sy E476 ade kaitan ngan bhn2 terlarang...saye tak pasti sbnarnyer...tapi..bagaimana dengan logo halal yg terdapat di bungkusannyer?....ini membuatkn sy musykil tentg cokelt cadbury samada boleh dimakn atau pun sebaliknya...kmudian sy ingin bertanyakan tentang adakah bahn2 yg bermula dr huruf E....contohnyer E551/E476 ...tak boleh dimakn..??....smoge sy mendapat penjelasan yang lebih lagi dari pihak tuan/puan....sekian terima kasih....
Tarikh Aduan :
18/12/2007 - 13:52:05
Jawapan :
Waalaikum salam.Untuk makluman Cik Yatie,Bahan E476 yang digunakan untuk penghasilan coklat Cadbury adalah halal dan selamat kerana bersumberkan tumbuhan.E476 adalah bahan penstabil (emulsifier) yang bersumberkan dari haiwan dan tumbuhan.Maka memang ada keraguan untuk status halal produk yang mengandungi E476.Sebagai pengguna islam yang bijak perlu pastikan produk yang dimakan telah mendapat pengesahan halal.Tidak semestinya bahan ramuan yang bermula dengan huruf E tidak boleh dimakan kerana bahan tersebut ada yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan.Ianya halal dan selamat. Tetapi bagi bahan ramuan yang dikodkan E bersumberkan haiwan perlu mendapatkan pengesahan halal. Sebarang pertanyaan boleh dihantar kepada JAKIM secara online atau telefon pada nombor 03-83150200. Terima kasih.


2)

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)
  
Aduan :
Saya pernah suatu ketika dulu mendapat maklumat dari JAKIM bahawa makanan yg mengandungi code E471 dan E476 adalah tidak halal. Namun saya dapati banyak coklat keluaran Cadbury yg mempunyai code E476 masih mempunyai logo halal Jakim. E476 yg tertera ditulis sebagai E476 (Lecithin soya). Harap dapat beri penjelasan.

Seperkara lagi ais krim yang sedang popular dipasaran sekarang iaitu Mini Poppers Walls juga mengandungi E471. Saya dapati ianya tiada logo halal Jakim dan keluaran originnya ialah dari negara China. Namun iklan komersialnya di TV dilakonkan oleh orang islam. Ini membuatkan saya keliru dengan status halalnya. Harap pihak JAKIM dpt mengesahkan status halal ais krim tersebut.

Terimakasih.
Tarikh Aduan :
02/09/2007 - 11:21:24
Jawapan :
Salam, Kod E adalah kod yang digunakan bagi bahan tambahan makanan seperti emulsifier, pengental, pengawet, perasa,pewarna dan sebagainya. Sumber bahan ini adalah dari tumbuhan, haiwan dan kimia sintetik. Jika sumber itu adalah dari tumbuhan, maka ia tidak kritikal namun JAKIM masih meneliti cara pemprosesannya sebelum memberi pengesahan halal. Namun jika ia dari sumber haiwan, JAKIM akan memeriksa teliti sumbernya mestilah dari haiwan yang halal dan telah diproses/ disembelih mengikut hukum syara'. Pemeriksaan ini meliputi dari bahan ramuan, cara pemprosesan, cara kendalian, pembungkusan dan premis secara menyeluruh. Oleh itu, diingatkan bahawa sumber kod E tidak semestinya berasal dari sumber yang haram kerana terdapat sumber halal yang lain. Bagi syarikat-syarikat pengeluar produk yang telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM, kami telah memastikan bahawa tiada keraguan terhadap ramuannya dengan pemeriksaan dan pemantauan yang teliti.Pengguna tidak perlu panik terhadap kod E tetapi perlu prihatin terhadap sumbernya dan status halalnya. Coklat Cadbury telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM begitu juga dengan produk aiskrim Walls, produk tersebut telah mendapat pengesahan halal dari Badan Islam lain yang diiktiraf oleh JAKIM. Terima kasih.


Produk dari Walls Ice cream.



Hasil FAQ dgn JAKIM :



Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)
  
Aduan :
Assalamualaikum W.B.T.H

Saya tertarik untuk memberi respon dan membuat aduan tentang halal haram produk berjenama WALL'S (aiskrim). Sebelum ini telah ada aduan yang terlalu banyak tentang ketidakpuasan hati pengguna Islam yang mana aiskrim biskut keluaran WALL'S juga yang tertera dengan jelas LAMBANG SALIB di bahagian atas dan bawah pada permukaan biskut tersebut dan saya melihatnya dengan yakin dan jelas.

Tapi di sini saya ingin mengadu tentang asikrim WALL's MINI MAGNUM dan lain2. Sebelum saya merasa syak dengan aiskrim WALL'S, saya ada terbaca tentang KOD BABI daripada salah satu blog iaitu
"www.isuhangat.blogspot.com" yang mana telah menyebut tentang penggunaan kod2 untuk menggantikan perkataan berasaskan lemak babi. Sebagai contoh digunakan E-CODES, E-INGREDIENTS seperti E471, E472, E473 dan banyak lagi.

Setelah diperhatikan pada pembalut aiskrim (Wall's Mini Magnum) saya mula ragu apabila melihat tanda "HALAL" yang bukan dari JAKIM dan melihat "Origin from CHINA" terus saya perhatikan ingredients.....dan alangkah terkejut apabila tertulis pelbagai E-CODES yang mana satu2nya terkandung dalam aiskrim magnum mini ini terkandung dalam "KOD BABI" yang saya baca dari "www.isuhangat.blogspot.com" iaitu Emulsifier: E471.

Jadi, saya mohon pihak halal haram JAKIM supaya membuat pemeriksaan yang tepat tentang kesahihan halal haram aiskrim WALLS ini sebelum lebih ramai lagi orang2 Islam yang lain termakan BABI! Teramat Jijik dan mengganggu jiwa saya.
Tarikh Aduan :
31/07/2007 - 10:40:18
Jawapan :
Wassalam, Aiskrim berjenama tersebut adalah produk import yang telah mendapat pengesahan halal dari Badan Islam luar negara yang diiktiraf JAKIM. Pihak Walls telah memaklumkan JAKIM bahawa produk Walls untuk pasaran Malaysia adalah halal dan selamat untuk dimakan berdasarkan pengesahan halal Badan Islam Luar Negara tersebut.Untuk pengetahuan Puan, kod-kod E yang dinyatakan merupakan bahan tambah makanan yang dihasilkan dari sumber haiwan, tumbuhan atau kimia sintetik. Bagi sumber haiwan, sumbernya akan dipastikan dari haiwan yang halal sahaja dan disembelih/diproses mengikut hukum syara'. Terdapat banyak bahan kimia yang juga dihasilkan dari asid lemak tumbuhan dan nyata halal. Terima kasih.


Makanan ringan (keropok)



Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)
  
Aduan :
Saya mendapat email yang menyatakan bahawa banyak makanan ringan (keropok) yang menggunakan perasa keju (cheese) menggunakan lemak babi. Kandungan makanan pula menggunakan kod-kod tertentu. contoh kod lemak babi dalam makanan. E100,E110,E120,E140,E141,E153,E210,E213,E214,E216,E234,E252,E270,E280,E325,E326,E327,E334,E335-E337,E422,E430-E436,E440,E470-E478,E481-E483,E491,E495,E542,E570,E572,E631,E635 DAN E904. Saya berharap pihak tuan dapat mengesahkan pekara ini. Terima kasih.
Tarikh Aduan :
13/11/2007 - 10:04:40
Jawapan :
Assalamualaikum, Terima kasih untuk soalan-soalan tersebut.Kod-kod E yang dinyatakan puan adalah terdiri dari bahan kimia makanan seperti pewarna, pengawet, perisa dan sebagainya. Bahan-bahan ini diperbuat daripada samada hasilan tumbuhan atau pun haiwan. Setiap barangan yang disahkan halal oleh JAKIM telah diperiksa kandungan dan dari mana hasilannya. JAKIM memastikan setiap kandungan dinyatakan dengan jelas status halalnya dengan meminta syarikat mengemukakan sijil halal dari JAKIM atau badan Islam yang diiktiraf JAKIM.Bagi produk yang disahkan halal oleh JAKIM, kami sudah memastikan ianya adalah halal dari prosesnya dan bahan ramuannya. Harap maklum



Inilah hasil penelitian saya bersumberkan sumber utama iaitu Jakim dan lain-lain lagi.Diharap dengan penelitian ini dapatlah merungkai segala keraguan mengenai isu ini.Akhir kata dari saya,Salam Aidiladha buat semua rakan-rakan yang sudi membaca blog saya ini.Diharap kita sama-sama dapat memperbaiki diri kita dari masa ke semasa.Terima kasih... ^ __^ ..

Reference :
http://www.halaljakim.gov.my/
Jawapan UKM: Berita Harian Online
FOOD INGREDIENT NUMBERS
http://eastrans.blogspot.com/2011/11/produk-yang-dikhuatiri-punyai-lemak.html?spref=fb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;