Monday 7 November 2011

11/11/11 Tarikh Keramat untuk lahirkan anak?

3 hari lagi akan tiba tarikh 11/11/11. Benarkah ini adalah tarikh keramat? Ramai yg check in hospital untuk lahirkan anak pada tarikh 11.11.11, dimana sebahagian akan jalani pembedahan. Mungkin ada diantara mereka yang berpendapat ini adalah tarikh yang istemewa yang sukar dilepaskan kerana sukar untuk mendapat tarikh yang 'cantik' sebegini. Namun, apabila ada diantara mereka yang sanggup menjalani proses pembedahan (ceaser) secara sengaja, ia agak pelik pada pandangan saya kerana melahirkan anak secara pembedahan mempunyai risiko-risiko yang agak besar.




1. Bersalin secara pembedahan mungkin membabitkan lebih pendarahan berbanding bersalin biasa.

Kadangkala ia boleh menyebabkan rahim terpaksa dibuang untuk menghentikan pendarahan. Isteri anda mungkin mengalami lemah badan atau kelesuan selepas bersalin. Keadaan itu lebih ketara berbanding jika dia bersalin biasa.

Lazimnya, doktor akan mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan pendarahan berlebihan sewaktu dan selepas bayi dilahirkan.

Pada hari kedua selepas pembedahan, sedikit sampel darah isteri anda mungkin diambil untuk mengetahui paras hemoglobin darahnya.

Isteri anda juga mungkin sudah dibekalkan ubat pil zat besi untuk memulihkan paras hemoglobinnya.


2. Jangkitan kuman boleh berlaku sama ada di dalam rahim (dinamakan endometritis) atau pada bahagian kulit (lebih kerap disebut wound breakdown) atau ke dalam aliran darah (septisemia).

Lazimnya, doktor memberikan antibiotik terus ke dalam aliran darah (intravena) sejurus sebelum pembedahan bermula dan diteruskan beberapa dos kemudian untuk mengelakkan risiko ini.


3. Penyebab isteri terpaksa menjalani pembedahan.

Kebanyakan penyebab (contohnya bayi lemas) tidak berkait dengan risiko untuk berulang pada kehamilan akan datang.

Penyebab seperti uri di bawah, rahim berkembar (bikornuat), tulang pelvis atau punggung sempit pula mungkin lebih berisiko untuk bersalin secara pembedahan pada kehamilan akan datang.

Secara prinsipnya, setiap pasangan berhak membuat keputusan mengenai bilangan anak yang diingini, namun biarlah setelah mendapat penerangan doktor mengenai risiko meneruskan bilangan kehamilan itu.


4. Berulang kali menjalani pembedahan Caesarean meningkatkan risiko rahim koyak atau lebih dikenali sebagai uterine rupture.

Ia bukan saja berlaku pada hari sakit bersalin tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa terutama setelah kandungan mencapai tujuh bulan.

Walaupun risiko ini bukanlah 100 peratus (risikonya dilaporkan antara satu hingga dua peratus), namun jika dibandingkan dengan wanita yang baru sekali saja menjalani pembedahan Caesarean, risikonya meningkat sebanyak sehingga empat kali ganda. Apabila ia berlaku, keadaannya sangat mencemaskan dan membahayakan nyawa wanita, apatah lagi bayi dikandungnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;